
Tinggal 2 hari je lagi rakyat Malaysia akan melalui fenomena yang berlaku hanya pada setiap 5 tahun sekali. Tahun ini merupakan Pilihan Raya Umum Kali Yang Ke-12. Terlalu pantas masa berlalu. Sedar x sedar, InsyaAllah ini kali ke-2 aku mengundi... Bila cakap je dah kali ke-2 mengundi, dah tentu2 nye la kan umur aku x kurang daripada 21 tahun.. Tp.. kepada yg masih admire kat aku. Don't worry.. Aku masih single and available;p Seperti yang lalu, aku masih mengundi di tempat yg sama iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing. Kenapa jauh sangat aku mengundi?? Sbb aku daftar pakai alamat yg tertera dalam i/c aku = alamat umah nenek. Aku sekeluarga akan bertolak ke kampung selepas aku balik kerja pada pukul 12.30 tgh hari, hari sabtu ni. Cam sedey jerk, kampeni bole pulak x bg cuti khas. Tp xpe la, perjalanan dari Pasir Gudang ke Mersing hanya memakan masa lebih kurang 2 jam. Bile ditendang terajang darab bahagi, InsyaAllah, sebelum pukul 3 ptg kami dah sampai. Janji jangan ade Hindraf ke ape ke kat tgh jalan. Nak buat ape pon, bior kat tepi jalan. Hehehehe... Nak dijadikan cerita, kalau aku x ditakdirkan mengundi kat sekolah tu, dah tentu2 lah aku x akan pernah menjejak kan kaki ke sekolah di mana atok, abah, saudara maraku, sepupu2 ku malah mungkin tujuh keturunan kami belajar. Semua pasti dapat bayangkan, betapa sentivaluenye sekolah tu terhadap kami. Aku bangga dapat mengundi kat situ. Mengimbas kembali kenangan silam yg pernah dilalui oleh org2 yg ku sayang. Ok lah, nasihat aku kepada pengundi semua, "Mengundilah dengan bijak. Masa Depan Negara Di Tangan Anda. Don't drink and drive". Kalau ada yang bertanya, siapa calon pilihan aku?? Dengan penuh yakin dan tersenyum, aku akan jawab, "Undi adalah rahsia. Biarlah ianya terus menjadi rahsia antara aku dgn Nya."








1 comment:
undi.. jangan x undi.. ni untuk kebaikan diri sendiri gak.. sbb apa2 yg berlaku pada negara mmg akan mempengaruhi keadaan setiap rakyat. ingat satu pepatah dari aku.
rajin itu sebenarnya tidak penting, tapi apa yang lebih penting sbnrnya ialah pilihan.
Post a Comment