Sebenarnye mcm ni, lepas aku kongsi kejayaan aku dgn DIA (someone, pendengar setia kepada aku;)), aku nak kongsi dengan korang jugak pasal kejayaan aku mencuci salah satu TOILET kat dalam rumah aku ni. Ape 1st impression korang bile dgr statement aku td tu? Geli? Iyerk! atau "Ape arrr!!! Cuci toilet pon nak kecoh!!!" atau ape2 jer ar yg korang nak fikirkan. Yang pastinya, aku kagum dgn diri aku sbg anak Pak Hashim.
Untuk pengetahuan korang semua, aku dan famili baru berpindah ke "rumah lama yang baru kami beli" secara hutang pada 15/12/2008... Senang cerita rumah 2nd hand la.. Keadaan rumah yg agak teruk menyebabkan abah terpaksa mengeluarkan duit cash yg agak beriban la jugak utk kos baik pulih. Alhamdulillah, rezeki Allah sentiasa ada untuk mereka yg berusaha. Dalam banyak2 kerosakan, kami memandang rendah terhadap keadaan lantai mozek toilet di bilik tidur tetamu yang kotor kesan titisan air dari atap genting yg pecah dan kayu kekuda di atas syiling. Kami anggap, lantai tu dapat dibersihkan dgn pencuci2 mozek popular yg ada di pasaran. Nak dijadikan cerita, berjenis2 pencuci dah aku cuba nak settlekan masalah ni, tp x berjaya. Tgk iklan "Easy Of Bang", aku trus beli, aku cuba tonyoh, x boleh ilang gak. Try plak "Mr. Muscle". X berjaya jugak. Pastu pantang ade org suggest kan, produk direct selling ckp je jenama ape, Cosway? Zhulian? Semua aku dah cuba. Dari asid ke chemical. Semua x berjaya. Mmg degil giler kotoran yg melekat ni. Sampai aku dah rase putus asa dan dah bagi cadangan kat abah suruh upah org tukar mozek baru. Rasa malu sangat bila ade tetamu datang dan gunakan toilet tu. Terpaksa explain dari A sampai ke Z kenapa mozek kaler biru lembut bertukar menjadi hitam dan nampak menggelikan. Nampak sahaja menggelikan, tapi hakikatnya ia bersih. Cuma rupa fizikal je berubah. Tapi, aku x nak kerana benda alah tu, imej kami tercemar.
Petang tadi, akhirnya penyelesaian kepada masalah aku terungkai. "Thanks mak sbb ajak along pegi kedai hardware";). Masa mak tengah bayar "gunting pokok" dan "baja taik kambing" yang dia beli, mata rabun aku ni terpandang pencuci lantai yg dia display betul2 kat depan mata aku. Kagum aku tengok gambar kat label botol tu. Pandai betul kampeni ni buat marketing. Aku mengambil masa beberapa 2nd berfikir. Nak beli ke x nak. Nak beli ke x nak. Sbb aku kan dah putus asa td.. Nasib la fikiran positif menyebelahi aku. Tanpa berlengah, aku pon ambik sebotol pencuci yg ntah ape2 jenama ntah. Ingat nak pau mak, sekali tengok mak dah keluar kedai maknanya dia dah siap bayar. Aku lambat 5 second nampaknye. Melayang duit aku RM12. Lepas aku bayar, mak tanye aku beli ape. Aku tunjuk gambar yg display kat label pencuci tu. Dengan selamber mak jawab. "Dalam gambar memang la". Cesss... Lemah semangat aku.
Kira2 pukul 8 malam td, aku melancarkan misi mustahil aku ni. Dimulakan dengan membasahkan lantai dan kemudian meratakan cecair pencuci yg baru aku beli td ke seluruh permukaan lantai. Aku tunggu selama lebih kurang 1 minit. Wow! Hasilnye. Sangat positif! Kesan2 degil dapat ditanggalkan. Aku kagum dengan apa yang aku nampak. Aku jadik bertambah asyik bile setiap sentalan yg aku buat berhasil. Sedar x sedar, dekat 2 jam aku berkampung dalam toilet. "Mission Successed!". Mak, abah dan adik2 semua terkejut. Diorang x sangka usaha aku kali ni berhasil. Aku pon ape lagi, tersenyum sumbing mendengar pujian dari mak dan abah. Mak bagi arahan kat 2 org adik aku suruh bayar sorang RM20 sebagai upah aku jadik makcik cleaner sbb toilet tu sebenarnye di bawah tanggungjawab diorang berdua. Toilet yang di atas jagaan aku ada kat tingkat bawah. Sentiasa bersih dan wangi. Hehehe...
Tujuan utama aku post kisah ni sebenarnye, aku nak berkongsi pengalaman berharga yang aku alami. Apa yang terjadi td, bukan sekadar cerita busuk atau jijik, tp sebaliknye, membuatkan aku berfikir. Jika kita berusaha, x ada mustahil. Allah menjanjikan yang setiap masalah ada penyelesainnya. Cuma, cepat atau lambat, kita kena redha. Btol x? Aku akan jadikan benda2 yang selalu dianggap remeh ni sebagai semangat dan pendorong untuk diri aku berjaya dan terus berjaya dan lagi dan lagi dan lagi. Hehehe.....
Emmm.... okla... sekian saje cerita aku pasal CUCI TOILET. Dah ngantuk ni. Nak tukar channel lak..... daaa..... salam....








6 comments:
LAWAK LA U NI...HEHEEE...TPI CITER NI MMG BEST.ADER PERMULAAN, CLIMAX N PENGAKHIRAN CERITA...SGT BAGUS...
PENGISIAN JUGA AMAT BAGUS..ADER PENGAJARAN YG BULEH DI AMBIL..TAHNIAH SY UCAPKAN.
YG BESTNYER,SY MSTI TERNGIANG2 SUARE AWK MEMBACEKAN CERITA NI DGN INTONASI SENADA AWK TU..HEE..
yup.. spatutnye sume org ade sifat mcm ni.. baru la sume msalah pn dpt dselesaikan..mmg stiap mslah ade pnyelesaiannye.n dgn adenye sikap ini barula tandas2 di negara kita jadi tndas yg paling bersih n dsegani setanding dgn tndas d negara jepun 2 yg tkenal dgn kebersihannye 2...hehehee
tanhiah kerana kesabaran dan ketabahan ada baiknya selalu dikekalkan dalam diri kita.
Saya cuma nak tahu, apa nama produk yang power sangat tuh. nak jugak cuba kerana lantai tandas di rumah saya mengalami hal yang sama. cepat bertukar warna.
Emmm..produk yg x popular mana pon..
Kleenso Stain Remover...try la guna..mmg berkesan...
Sudah cuba Harpic? Pncuci ini juga boleh tahan keberkesanannya.
P/S: Iklan ini tidak berbayar siarannya
Haha.. Congrats sbb anda bjaya.Bak kata pepatah, usaha tangga kejayaan.
Harpic?
Harpic rasenye sesuai utk toilet bowl jerk... x tau la plak kalau ada edisi baru yg sesuai utk lantai mozek... Anyway, thanks 4 ur advice...
Post a Comment