Tuesday, March 18, 2008

Senarai Nama Menteri-Menteri Kabinet 2008

PERDANA MENTERI : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
TIMBALAN PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Razak

JABATAN PERDANA MENTERI

Menteri : Tan Sri Bernard Dompok
Menteri : Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Menteri : Datuk Ahmad Zahid Hamidi
Menteri : Datuk Zaid Ibrahim (senator)
Menteri : Datuk Amirsham A Aziz (senator)
Timbalan : Datuk Johari Baharum
Timbalan : Datuk Dr Mashitah Ibrahim (senator)
Timbalan : S K Devamany
Timbalan : Datuk Hasan Malek

KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Menteri : Datuk Seri Syed Hamid Albar
Timbalan : Datuk Chor Chee Heung
Timbalan : Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (senator)

KEMENTERIAN KEWANGAN
Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Menteri II : Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Timbalan : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan : Datuk Kong Cho Ha

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Menteri : Datuk Ong Tee Keat
Timbalan : Datuk Anifah Aman

KEMENTERIAN KERJA RAYA
Menteri : Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed
Timbalan : Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Menteri : Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan : A Kohilan Pillay (senator)

KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI
Menteri : Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan : Datuk Joseph Salang Gandum

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan : Datuk Liew Vui Keong
Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Menteri : Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan : Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Menteri : Datuk Shahrir Abdul Samad
Timbalan : Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PELAJARAN
Menteri : Datuk Hishammuddin Hussein
Timbalan : Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan : Datuk Razali Ismail

KEMENTERIAN PENERANGAN
Menteri : Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan : Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN
Menteri : Datuk Mohd Shafie Apdal
Timbalan : Teng Boon Soon

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Menteri : Datuk Dr S Subramaniam
Timbalan : Datuk Noraini Ahmad

KEMENTERIAN SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri : Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan : Fadillah Yusof

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri : Datuk Ong Ka Chuan
Timbalan : Datuk Robert Lau Hoi Chew
Timbalan : Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri : Datuk Seri Najib Razak
Timbalan : Datuk Wira Abu Seman Yusop

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Menteri : Tan Sri Muhammad Muhd Taib
Timbalan : Tan Sri Joseph Kurup
Timbalan : Joseph Entulu Belaun

KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Menteri : Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan : Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Menteri : Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan : Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN
Menteri : Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan : Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
Menteri : Datuk Noh Omar
Timbalan : Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Menteri : Datuk Dr Ng Yen Yen
Timbalan : Noriah Kasnon

KEMENTERIAN PELANCONGAN
Menteri : Datuk Seri Azalina Othman Said
Timbalan : Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Menteri : Datuk Zulhasnan Rafique
Timbalan : Datuk M Saravanan

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Menteri : Datuk Seri Khaled Nordin
Timbalan : Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan : Datuk Idris Haron

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Menteri : Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan : Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh


Banyak muka-muka baru diperkenalkan. Semoga ianya membawa perubahan yang positif demi kesejahteraan negara dan rakyat... peace...

Saturday, March 15, 2008

Nabil Juara Raja Lawak Astro Musim Ke-2

"Ramalanku Benar Belaka".

Nabil muncul sebagai johan. Ops!! Jangan salah tafsir. Bukan Johan yang itu :). Tetapi, Nabil telah dinobatkan sebagai johan @ juara Raja Lawak Astro Musim Ke-2 tahun ini. Dengan peratus kemenangan sebanyak 77%, Nabil telah menewaskan kumpulan Cham dan XN3 yang mana masing2 hanya mendapat sebanyak 19% dan 4% undian. Siapa kata mat despatch x leh jadik selebriti? Nabil telah membuktikannya! Nissan Latio Sedan 1.8 Auto Premium sumbangan Edaran Tan Chong Motor telah diketahui pemiliknya.

Nabil mmg layak! Bukan aku nak cakap yang lain2 tu x bagus, tp caranya yang selamber dan idea2 nya yang bernas, berjaya menarik perhatian aku yang sememangnya susah nak makan rasuah ni. Walau apa pon, tahniah aku ucapkan kepada semua peserta Raja Lawak Astro Musim Ke-2. Korang semua memang berbakat. Semoga berjaya dan terus berjaya di masa hadapan. Jangan lupa diri bila dah jadi public figure nnt. Kenang daku dalam doa u all.


Nota Kecik Untuk Nabil

Kopado Nabil,

Ko jongan lupo janji2 manis ko dulu. Ko janji dongan aku, ko nak kongsi keto tu dongan aku kalo ko monang. Duit pon ko kato nak bagi samo rato. Ko jongan buek2 lupo pulak. Kalo bukan sobab aku, ko x jadi juaro. Dah bor tan2 duit aku abis buek boli prepaid nak buek undi ko. Habis tanah2 dolam pasu bungo mak aku semuo aku gadai sbb x cukup duit nak bayar bil letrik. Ko ingat tu Nabil. Jongan ko buek2 lupo pulak. Ko pk arrr sendiri!!!!
Assalamualaikum!


P/s: Abaikan grammer dan pronounsationnye. Buat2
je mcm paham....

Tuesday, March 11, 2008

Aku Si Pencuci Toilet

Emm... Aku x tau. Patut atau tidak aku tulis benda ni kat blog aku nih. Tp, inilah kalau nak dikatakan "Usaha tangga kejayaan, di mana ada kemahuan di situ ada jalan...".

Sebenarnye mcm ni, lepas aku kongsi kejayaan aku dgn DIA (someone, pendengar setia kepada aku;)), aku nak kongsi dengan korang jugak pasal kejayaan aku mencuci salah satu TOILET kat dalam rumah aku ni. Ape 1st impression korang bile dgr statement aku td tu? Geli? Iyerk! atau "Ape arrr!!! Cuci toilet pon nak kecoh!!!" atau ape2 jer ar yg korang nak fikirkan. Yang pastinya, aku kagum dgn diri aku sbg anak Pak Hashim.

Untuk pengetahuan korang semua, aku dan famili baru berpindah ke "rumah lama yang baru kami beli" secara hutang pada 15/12/2008... Senang cerita rumah 2nd hand la.. Keadaan rumah yg agak teruk menyebabkan abah terpaksa mengeluarkan duit cash yg agak beriban la jugak utk kos baik pulih. Alhamdulillah, rezeki Allah sentiasa ada untuk mereka yg berusaha. Dalam banyak2 kerosakan, kami memandang rendah terhadap keadaan lantai mozek toilet di bilik tidur tetamu yang kotor kesan titisan air dari atap genting yg pecah dan kayu kekuda di atas syiling. Kami anggap, lantai tu dapat dibersihkan dgn pencuci2 mozek popular yg ada di pasaran. Nak dijadikan cerita, berjenis2 pencuci dah aku cuba nak settlekan masalah ni, tp x berjaya. Tgk iklan "Easy Of Bang", aku trus beli, aku cuba tonyoh, x boleh ilang gak. Try plak "Mr. Muscle". X berjaya jugak. Pastu pantang ade org suggest kan, produk direct selling ckp je jenama ape, Cosway? Zhulian? Semua aku dah cuba. Dari asid ke chemical. Semua x berjaya. Mmg degil giler kotoran yg melekat ni. Sampai aku dah rase putus asa dan dah bagi cadangan kat abah suruh upah org tukar mozek baru. Rasa malu sangat bila ade tetamu datang dan gunakan toilet tu. Terpaksa explain dari A sampai ke Z kenapa mozek kaler biru lembut bertukar menjadi hitam dan nampak menggelikan. Nampak sahaja menggelikan, tapi hakikatnya ia bersih. Cuma rupa fizikal je berubah. Tapi, aku x nak kerana benda alah tu, imej kami tercemar.

Petang tadi, akhirnya penyelesaian kepada masalah aku terungkai. "Thanks mak sbb ajak along pegi kedai hardware";). Masa mak tengah bayar "gunting pokok" dan "baja taik kambing" yang dia beli, mata rabun aku ni terpandang pencuci lantai yg dia display betul2 kat depan mata aku. Kagum aku tengok gambar kat label botol tu. Pandai betul kampeni ni buat marketing. Aku mengambil masa beberapa 2nd berfikir. Nak beli ke x nak. Nak beli ke x nak. Sbb aku kan dah putus asa td.. Nasib la fikiran positif menyebelahi aku. Tanpa berlengah, aku pon ambik sebotol pencuci yg ntah ape2 jenama ntah. Ingat nak pau mak, sekali tengok mak dah keluar kedai maknanya dia dah siap bayar. Aku lambat 5 second nampaknye. Melayang duit aku RM12. Lepas aku bayar, mak tanye aku beli ape. Aku tunjuk gambar yg display kat label pencuci tu. Dengan selamber mak jawab. "Dalam gambar memang la". Cesss... Lemah semangat aku.

Kira2 pukul 8 malam td, aku melancarkan misi mustahil aku ni. Dimulakan dengan membasahkan lantai dan kemudian meratakan cecair pencuci yg baru aku beli td ke seluruh permukaan lantai. Aku tunggu selama lebih kurang 1 minit. Wow! Hasilnye. Sangat positif! Kesan2 degil dapat ditanggalkan. Aku kagum dengan apa yang aku nampak. Aku jadik bertambah asyik bile setiap sentalan yg aku buat berhasil. Sedar x sedar, dekat 2 jam aku berkampung dalam toilet. "Mission Successed!". Mak, abah dan adik2 semua terkejut. Diorang x sangka usaha aku kali ni berhasil. Aku pon ape lagi, tersenyum sumbing mendengar pujian dari mak dan abah. Mak bagi arahan kat 2 org adik aku suruh bayar sorang RM20 sebagai upah aku jadik makcik cleaner sbb toilet tu sebenarnye di bawah tanggungjawab diorang berdua. Toilet yang di atas jagaan aku ada kat tingkat bawah. Sentiasa bersih dan wangi. Hehehe...

Tujuan utama aku post kisah ni sebenarnye, aku nak berkongsi pengalaman berharga yang aku alami. Apa yang terjadi td, bukan sekadar cerita busuk atau jijik, tp sebaliknye, membuatkan aku berfikir. Jika kita berusaha, x ada mustahil. Allah menjanjikan yang setiap masalah ada penyelesainnya. Cuma, cepat atau lambat, kita kena redha. Btol x? Aku akan jadikan benda2 yang selalu dianggap remeh ni sebagai semangat dan pendorong untuk diri aku berjaya dan terus berjaya dan lagi dan lagi dan lagi. Hehehe.....

Emmm.... okla... sekian saje cerita aku pasal CUCI TOILET. Dah ngantuk ni. Nak tukar channel lak..... daaa..... salam....

Thursday, March 06, 2008

Pilihan Raya Umum Ke-12 Tahun 2008




Tinggal 2 hari je lagi rakyat Malaysia akan melalui fenomena yang berlaku hanya pada setiap 5 tahun sekali. Tahun ini merupakan Pilihan Raya Umum Kali Yang Ke-12. Terlalu pantas masa berlalu. Sedar x sedar, InsyaAllah ini kali ke-2 aku mengundi... Bila cakap je dah kali ke-2 mengundi, dah tentu2 nye la kan umur aku x kurang daripada 21 tahun.. Tp.. kepada yg masih admire kat aku. Don't worry.. Aku masih single and available;p Seperti yang lalu, aku masih mengundi di tempat yg sama iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing. Kenapa jauh sangat aku mengundi?? Sbb aku daftar pakai alamat yg tertera dalam i/c aku = alamat umah nenek. Aku sekeluarga akan bertolak ke kampung selepas aku balik kerja pada pukul 12.30 tgh hari, hari sabtu ni. Cam sedey jerk, kampeni bole pulak x bg cuti khas. Tp xpe la, perjalanan dari Pasir Gudang ke Mersing hanya memakan masa lebih kurang 2 jam. Bile ditendang terajang darab bahagi, InsyaAllah, sebelum pukul 3 ptg kami dah sampai. Janji jangan ade Hindraf ke ape ke kat tgh jalan. Nak buat ape pon, bior kat tepi jalan. Hehehehe... Nak dijadikan cerita, kalau aku x ditakdirkan mengundi kat sekolah tu, dah tentu2 lah aku x akan pernah menjejak kan kaki ke sekolah di mana atok, abah, saudara maraku, sepupu2 ku malah mungkin tujuh keturunan kami belajar. Semua pasti dapat bayangkan, betapa sentivaluenye sekolah tu terhadap kami. Aku bangga dapat mengundi kat situ. Mengimbas kembali kenangan silam yg pernah dilalui oleh org2 yg ku sayang. Ok lah, nasihat aku kepada pengundi semua, "Mengundilah dengan bijak. Masa Depan Negara Di Tangan Anda. Don't drink and drive". Kalau ada yang bertanya, siapa calon pilihan aku?? Dengan penuh yakin dan tersenyum, aku akan jawab, "Undi adalah rahsia. Biarlah ianya terus menjadi rahsia antara aku dgn Nya."